Posts

Showing posts from July, 2010

Hidup - 3 Hari 2 Nafas

HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI: Semalam = Sudah menjadi sejarah. Hari Ini = Apa yang sedang kita lakukan. Esok = Hari yang belum pasti. Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua. HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS: Nafas Naik. Nafas Turun. Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini. HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN : Hidup dalam keredhaan ALlah. Hidup dalam kemurkaan ALlah. HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT : Kekal di dalam neraka. Kekal di dalam syurga. Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia. Kelazatan dan kesejahteraan...

7 Perkataan yang baraqah

Sabda Rasullah s.a.w "Barangsiapa hafal tujuh kalimah ini dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian,maka dengan izin Allah, ia terpandang mulia disisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih dilautan. Berikut adalah kalimah zikir yang mengundang keberkatan hidup dari Allah. Mengucap Bismilah pada setiap perbuatan yang hendak dilakukan. Mengucap Alhamdulilah pada setiap pekerjaan yang selesai dilakukan. Mengucap InsyaAllah jika merancang berbuat sesuatu hari pada hari esok. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu yang tidak diingini. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap mengucap sesuatu yang tidak sepatutnya diucapkan. Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menerima apa-apa musibah. Mengucap La ila haillaAllah Muhammad Rasullah sepangjang siang dan malam. Dengan mengamalkan apa yang tertulis diatas,mudah-mudahan dapat menapung ibadah kita yang kurang,sesungguhnya Agama Islam itu amatlah indah dan syumul ...

Di saat pemergian Mu..

Detik- detik air kehidupan Rasullah s.a.w amatlah mengharukan bagi siapa yang menyusuri perjuangan hidup baginda. Pagi itu,walaupun fajar telah menyinsing, sang suria mula menerbitkan sinarnya namun burung - burung enggan mengepakkan sayapnya,mungkin makhluk Allah itu telah mengetahui sesuatu yang amat mengharukan akan berlaku.Seperti Kebiasaannya,Rasullah menyampaikan khutbah namun suaranya agak terbatas,rasullah s.a.w berkata "Wahai Umatku,kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya.Maka taati dan bertakwalah kepadaNya.Aku wariskan dua perkara pada kalian iaitu Al-Quran dan Sunnahku.Barangsiapa mencintai sunnahku bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku". Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasullah yang tenang dan penuh minat menatap wajah sahabatnya satu persatu.Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca dan umar menahan sebak dengan tangisannya.Usman menghela nafas panjang dan Ali m...