Posts

Showing posts from October, 2011

Manusia yang beruntung...

Hari ini hati aku terdetik untuk menulis mengenai persoalan kehidupan manusia didunia ini. Persoalan nya adakah aku manusia yang beruntung di dunia ini? Pada pemahaman aku, manusia yang beruntung adalah manusia seperti berikut : Hari berganti hari, ilmunya bertambah seperti orang yang menzahirkan hidupnya dengan menuntut ilmu. Beruntungnya orang yang sedemikian, kerana hati yang disuluhi ilmu akan tenteram dan mendapat keberkatan hidup. Senantiasa bersedia menghadapi mati, bagi kita yang masih belum cukup amal ini akan senantiasa takut dan mencari alasan bila maut menjemput. Ya Allah jadikan aku Insan yang mendapat kesenangan semasa dunia dan akhirat,insyaAllah .. Hati nya tenang, setiap percakapan banyak memberi nasihat, dan ilham kepada seseorang untuk berfikir akan pengakhiran hidup ini, adalah orang yang senantiasa menjadi ingatan semasa hayatnya. Namun demikian, sangat menyedihkan manusia hari ini, tidak tulus dalam memberi nasihat, lebih kepada mengenakan seseorang daripada niat ...