Kisah Iktibar

Saman menyaman adalah satu perkara yang banyak berlaku pada hari ini, termasuklah aku yang secara tidak langsung terlibat dalam perkara ini. Persoalan yang timbul sejauh manakah kebenaran yang timbul dan kejujuran yang diantara kedua pihak yang terlibat. Namun, apa yang cuba disampaikan disini, apa yang perlu kita ketahui sekiranya perkara ini berlaku.
Dipendekkan cerita,aku adalah tuan punya kenderaan motorsikal yang terlibat dalam satu kemalangan. Abang aku yang menunggang motorsikal tersebut telah dilanggar dari belakang sebelah kanan oleh seorang individu yang juga penunggang motorsikal. Kes ini telah diklasifikasikan sebagai kecuaian pihak berkenaan, namun mereka mengfailkan saman kepada kami. Sekarang masih dalam perbicaraan,yang mana jelas ada pihak ketiga yang ingin meneguk di air yang keruh. Apa yang ingin disampaikan kepada pembaca sekalian, pastikan kenderaan anda senantiasa lengkap dengan cukai jalan dan insuran bagi membendung perkara yang tidak diingini dari berlaku.Kerana undang-undang sajalah yang akan menimbang sesuatu kesalahan berdasarkan bukti - bukti yang berdasarkan kepada akta - akta yang disusun dalam perlembagaan Malaysia. Sekarang masih menunggu prosiding mahkamah untuk perbicaraan seterusnya....


Comments