Rejab
Ketika solat jumaat, tiba-tiba handset berbunyi menganggu konsentrasi ku dalam solat"Siapa pula yang col time macam nie, xkan xtau waktu orang solat jumaat", getus hati ku berkata. Selesai solat Jumaat, aku keluarkan telepon ada 3 miscall, the recent one is from my mothers.Terus aku call, bertanya sebab kenapa, mak beranggapan aku menelefonnya kerana terdapat 5 panggilan yang tidak terjawab.Oleh sebab yang demikian, dia menelefon aku. Perbualan kami hanya berkisar tentang bertanya khabar masing-masing. Mak mengatakan dia berpuasa pada hari tersebut, terus aku bertanya puasa sempena apa ? "Puasa bulan rejab,bulan rejab nie bulan Allah, bulan syaaban bulan Nabi Muhammad dan bulan Ramadhan bulan Umat Muhammad",ujar Ibu ku.
Lantas aku meng-google fadilat berpuasa di bulan rejab :
Lantas aku meng-google fadilat berpuasa di bulan rejab :
- Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga” - “Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya).”
- “Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)”
“Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim.”
Comments
Post a Comment